Itulah hakikat yang perlu dihadapi keluarga Devi Chinnadurai yang mengalami kemiskinan tegar di tengah-tengah bandar yang pesat membangun.
Devi, 41 tahun, merupakan seorang suri rumah dan ibu tunggal kepada 11 orang anak berusia di antara 19 tahun hingga 3 tahun.
Sebulan lalu, Devi ditimpa malang apabila suaminya Ragunathan Batumalai, 44 tahun, meninggal dunia akibat sakit jantung.
Sejak kehilangan suaminya, Devi bergantung kepada anak sulungnya Vickneshwaran Ragunathan, 19 tahun, dan anak keduanya Bavani Ragunathan, 18 tahun, di mana kedua-duanya bekerja di sebuah NGO dengan gaji kira-kira RM1,000 seorang.Menurut Devi, gaji kedua-dua anaknya tidak mencukupi untuk menampung keperluan asas 11 anaknya terutamanya dalam menyediakan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi.
Katanya, dia hanya mampu menyediakan nasi, kari dan sayur.
“Kehidupan kami sangat susah. Tengoklah sendiri, berapa banyak anak saya.
“Kos bagi makanan, beli beras sahaja sudah lebih RM1,000, selepas itu kena beli sayur lagi.
“Saya pun memang nak belikan makanan yang berkhasiat untuk anak-anak saya. Apa yang boleh saya buat, kami sangat susah. Kami makan sahaja apa yang ada.
Saya biasanya akan masak kari dengan nasi, kari sardin atau kari dal. Itu sahaja,” luah Devi dengan nada sebak.
Tambah Devi, mereka hanya mampu membeli ayam atau ikan sebulan sekali.
Kisah Devi ini bukan kes terpencil di celah-celah kemajuan ibu kota. Laporan oleh Tabung untuk Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Mac lalu menunjukkan kanak-kanak yang mendiami kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara mengalami masalah kekurangan nutrisi yang serius.
Laporan itu menunjukkan satu dalam lima kanak-kanak mengalami pertumbuhan terbantut dan satu dalam 10 kanak-kanak mengalami masalah kurang berat badan.
Laporan itu juga menunjukkan masalah kekurangan berat badan dalam kalangan kanak-kanak kaum India di PPR adalah lebih serius berbanding kaum Melayu dan Cina.
Kerajaan melalui Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga sudahpun menyatakan hasrat untuk membangunkan pelan hala tuju pembangunan kesejahteraan kanak-kanak peringkat kebangsaan untuk menangani isu-isu meliputi pemakanan berkhasiat, pendidikan, perumahan dan kemiskinan di negara ini.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/12-sekeluarga-kongsi-satu-tin-sardin-dek-kemiskinan-178642Bagikan Berita Ini
0 Response to "12 sekeluarga kongsi satu tin sardin dek kemiskinan"
Post a Comment