SHAH ALAM - Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub tidak bersetuju dengan persepsi yang mengaitkan sektor pertanian dengan kemiskinan atau menganggapnya sebagai ketinggalan.
Beliau sebaliknya berkata, perkara itu sepatutnya perlu dipandang secara relatif, bukan dari sudut naratif sebagai ukuran.
Mengambil contoh bapa mertuanya yang merupakan seorang nelayan, Salahuddin berkata, keluarga isterinya masih berupaya meneruskan kehidupan mereka.
"Bapa mertua saya ke laut, tetapi ada masa dia tidak ke laut. Dia ada tanah dan sahut seruan kerajaan untuk tanam koko. Ia menjadi satu tambah nilai dan tingkatkan hasil.
"Bapa mertua saya pergi haji guna duit (hasil) koko...anak kahwin, sekolah dan ke universiti semua pakai duit itu," katanya dalam program Bicara Minda bersama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, di Dewan Karangkraf, di sini, hari ini.
AKAN MENYUSUL
Bagikan Berita Ini
0 Response to "Jangan pandang kemiskinan dari sudut naratif"
Post a Comment